Tentang Kami

JUS SE7EN adalah minuman botani campuran halia, bawang putih, lemon, pati cuka epal dan madu. Se7en dihasilkan mengikut ramuan dan resepi tradisi yang kini telah dikormesilkan oleh syarikat RAYT Enterprise Sdn Bhd (RESB).

RESB kini telah memberi peluang kepada individu yang ingin menceburkan diri di dalam bidang keusahawanan seterusnya meluaskan pasaran JUS SE7EN di dalam dan luar negara.

RESB diasaskan pada tahun 2014, bermula di Pusat Inkubator UPM-MTDC, di dalam kampus Universiti Putra Malaysia, Serdang. Dengan adanya fasiliti yang lengkap dan serba canggih, RESB menjadikan SE7EN sebagai produk yang berkualiti dan terkawal daripada segi penghasilannya.

RESB juga telah menerima pengiktirafan HALAL daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 16 Disember 2014. Ini menjadikan produk JUS SE7EN tidak perlu diragui lagi tentang kualiti dan kebersihan semasa proses pembuatan.

Hari ini, dengan sokongan padu daripada tenaga kerja yang komited, RESB kini telah mengorak langkah untuk menambah fasiliti dan meningkatkan pengeluaran JUS SE7EN. RESB kini telah berpindah ke Taman Perindustrian Sungai Purun, Semenyih, sebuah premis perniagaan berkeluasan 12000 kaki persegi dan mampu menghasilkan pengeluaran purata 5000 botol sebulan.

Di sebalik terhasilnya JUS SE7EN, Ramlan (Pengerusi) dan Yeam (Ketua Pegawai Eksekutif) adalah individu yang mengasaskan RESB. Kami percaya, bahawa mana-mana pelaburan komersil, pulangan pelaburan amat penting. Namun, nilai keusahawanan ini haruslah memberi manfaat kepada pengedar dan pengguna.

Perjalanan korporat kami telah banyak mengajar kami untuk bangkit dan belajar daripada kesilapan, dan sentiasa maju ke hadapan.

Bermula di Pusat Inkubator UPM-MTDC, kini telah beroperasi sepenuhnya di kilang berkeluasan lebih 12,000 kaki persegi di Semenyih

 

Rayt Enterprise Sdn Bhd (RESB) diasaskan pada tahun 2014, bermula di Pusat Inkubator UPM-MTDC, di dalam kampus Universiti Putra Malaysia, Serdang. Dengan adanya fasiliti yang lengkap dan serba canggih, RESB menjadikan SE7EN sebagai produk yang berkualiti dan terkawal daripada segi penghasilannya.

 

Hari ini, dengan sokongan padu daripada tenaga kerja yang komited, RESB kini telah mengorak langkah untuk menambah fasiliti dan meningkatkan pengeluaran JUS SE7EN. RESB kini telah berpindah ke Taman Perindustrian Sungai Purun, Semenyih, sebuah premis perniagaan berkeluasan lebih 12,000 kaki persegi dan mampu menghasilkan pengeluaran purata 5000 botol sebulan.
SE7EN WhatsApp Chat
Send via WhatsApp